Hensem sangat ka Makkal Sakti ni sampai nak kawin 2? |
KUALA LUMPUR, 18 Sept — A. Vathemurthy, pemangku presiden salah satu kumpulan yang bersaing mahu menguasai Parti Makkal Sakti, hari ini menyerahkan permohonan mahu menyertai Pakatan Rakyat.
Permohonan dikemukakan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru pagi ini.
“Vathemurthy (gambar), pemangku presiden Makkal Sakti menyerahkan surat permohonan kepada YAB Tuan Guru mewakili ahli-ahli partinya untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.
“Pertemuan berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebentar tadi,” kata Nik Aziz menerusi laman sosial Facebook tengah hari ini.
Di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula merasmikan konvensyen Makkal Sakti yang diketuai oleh presiden pertamanya Datuk RS Thanenthiran.
Konvensyen itu berlangsung di PWTC.
Ia bukan komponen Barisan Nasional (BN) tetapi satu lagi kumpulan saingan telah melahirkan hasrat mahu menyertai perikatan tersebut.
Parti itu yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin Hindraf, yang telah diharamkan, dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober 2009.
Bagaimanapun hanya dua bulan selepas pelancarannya ia berhadapan dengan krisis dengan masing-masing Thanenthiran dan Vathemurthy bersaing menguasai kepimpinan parti.
Ketika itu Vathemurthy merupakan timbalannya dan membawa undi tidak percaya ke atas Thanenthiran yang didakwa menguruskan parti sebagai diktator.
No comments:
Post a Comment