Tuesday, September 20, 2011

Sperma sapa power tahan 113jam

Power ooo... sperma dia ni...

KUALA LUMPUR: Saksi pembela kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Brian Mcdonald berkata amat jarang sekali penemuan sel sperma yang mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

Beliau berkata demikian selepas diasak bertubi-tubi oleh Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abidin yang merujuk artikel ‘Sexual Assault and Semen Persistence’ tulisan GM Willot dan JE Ellard pada 1997.

Dalam artikelnya pada 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum.

Namun, perkara itu telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan saintis.

McDonald memberi keterangan mengenai kemungkinan pencemaran sampel air mani yang didapati dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas 56 jam ia disimpan dan diberikan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong 48 jam selepas itu.

Pada sesi soal balas itu, Mohd Yusuf mencadangkan sampel air mani boleh bertahan sehingga 113 jam dalam dubur setelah merujuk jurnal perubatan itu.

Meskipun mengakui ia tidak mustahil, namun Dr Mc Donald menegaskan kpenemuan seumpama itu jarang berlaku.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas perbicaraan berkata, kes itu terbukti berat sebelah berikutan halangan kepada peguam bela untuk mendapatkan akses kepada dokumen dan bahan bukti, termasuk nota perubatan.

“Prosedur tak diikuti dengan nota perubatan yang tak diberikan. Bagaimana kamu minta pakar untuk komen, tapi nota perubatan tak diberikan?

“Inilah kes pertama yang dikendali Dr Brian tanpa nota perubatan. Persoalannya mengapa tak diberikan? Mesti ada sebab mengapa nota disembunyikan,” kata Anwar kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau dalam pada itu turut membidas pasukan pendakwaraya yang menyerang keredibiliti Dr McDonald yang pernah diketepikan keterangannya dalam kes di mahkamah Brunei.

“Ia tak buktikan apa-apa hanya kerana dia kalah beberapa kes atau hakim tak bersetuju (dengan hujah). Peguam negara pun kalah beberapa kes.

Keputusan hakim Mahkamah Persekutuan pun ada yang dibatalkan di Mahkamah Rayuan, kata Anwar.

“Saya pula, kalah semua kes,” katanya.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=20646

No comments:

Iklan Penaja