Kena jeling pun dah takut? |
Najib, Rosmah akan mohon ketepi sapina jadi saksi kes Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.
Peguam mereka, Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau akan mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.
Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Najib_RosmahakanmohonketepisapinajadisaksikesAnwar/Article/
No comments:
Post a Comment