Thursday, September 22, 2011

Pakatan Rakat berebut kerusi sampai hujung bulan saja?

Takdan nak panas berebut dah habih masa?

Pakatan mahu selesai pembahagian kerusi hujung bulan ini


KUALA LUMPUR, 21 Sept – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi tempoh sehingga hujung bulan untuk menyelesaikan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya di kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata sekiranya pembahagian kerusi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan rundingan akan dilakukan di peringkat pusat.

“Sebahagian daripada negeri dah maklumkan kepada pusat sementara sebahagian lagi dalam proses dan akan selesai dalam waktu terdekat.

“Kalau dalam tempoh yang kita tetapkan masih ada pertindihan, pusat akan selesaikan,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya, rundingan di peringkat negeri masih berjalan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi antara tiga parti itu berjalan dengan baik walaupun wujud perbezaan pendapat.

“Isu rundingan kerusi berjalan dengan baik, kita telah minta negeri untuk terus memberikan pandangan dan kemukakan kepada jawatankuasa peringkat pusat sehingga akhir bulan ini.

“Tidak benar mengatakan rundingan gagal, ia tidak timbul... rundingan kadang-kadang ada perbezaan pendapat tapi hal ini biasa dan kita minta negeri kemukakan keputusan,” katanya.

Rundingan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat telah berlangsung sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dengan memenangi 82 kerusi selain menawan lima buah negeri.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-mahu-selesai-pembahagian-kerusi-hujung-bulan-ini/

No comments:

Iklan Penaja